Merangkak

Merangkak ialah kaedah pergerakan manusia yang menggunakan keempat-empat anggota badan. Ia adalah salah satu gaya berjalan terawal yang dipelajari oleh bayi manusia,[1] dan mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan pergerakan primat lain serta bukan primat berkaki empat.[2]

Penggunaan

Kanak-kanak merangkak di atas tanah semasa latihan kebakaran, Itali.

Merangkak digunakan terutamanya:

  • Apabila seseorang belum boleh berjalan (bagi bayi)
  • Apabila seseorang tidak boleh berjalan akibat kecacatan, cedera, sakit, atau mabuk
  • Di tempat yang sangat rendah (gua, di bawah meja, dalam lombong, dsb). Kadangkala, pelombong bawah tanah perlu merangkak pada jarak jauh semasa kerja mereka
  • Apabila mencari sesuatu di atas tanah
  • Untuk turun ke tanah ketika berkebun ketika penyelenggaraan atau tujuan lain dalam kerja yang memerlukan capaian yang baik di atas tanah
  • Keselinapan (penyamaran dan kesunyian)
  • Untuk merendahkan bidang penglihatan
  • Sebagai latihan
  • Sebagai tanda penyerahan diri
  • Untuk tujuan yang menyeronokkan atau lucu
  • Semasa kebakaran, merangkak mungkin digunakan kerana udara berhampiran tanah lebih cocok bagi pernafasan

Bayi

Bayi kadang-kadang "merangkak" dengan perut di atas tanah seawal 3 bulan, tetapi gaya ini jarang berlaku, dengan bayi kekal tidak bergerak pada kebanyakan masa. Merangkak secara betul dengan perut tidak menyentuh tanah secara kerap biasanya muncul antara umur 7 dan 11 bulan, dan wujud antara seminggu hingga 4 bulan sebelum kanak-kanak beralih kepada berjalan. Walaupun selepas mengambil langkah pertama tanpa bantuan, kebanyakan bayi masih merangkak pada sebahagian masa sehingga mereka menguasai berjalan. Semasa merangkak, bayi secara beransur-ansur berlatih untuk berdiri, pada mulanya dengan bantuan orang luar atau objek sokongan, dan kemudiannya tanpa sokongan. Bayi yang merangkak lazim mencipta masalah, dan oleh itu, ibu bapa sering dinasihatkan untuk melindungi rumah mereka sebelum bayi mencapai usia merangkak.

Walaupun merangkak adalah peristiwa penting dalam perkembangan kanak-kanak, ia tidak diperlukan bagi perkembangan yang sihat.[3] Sesetengah bayi melangkau perkembangan merangkak dan terus berjalan. Sesetengah bayi mengocok secara terduduk di bahagian bawah mereka dan menolak diri ke hadapan dengan kaki mereka, dan kadangkala tangan mereka, selalunya dalam seluar khas. Bayi dengan gerakan sebegini cenderung berjalan lebih lambat daripada bayi yang merangkak.

Sama ada bayi merangkak juga ditentukan oleh budaya. Ibu bapa Eropah pada abad sebelumnya tidak menggalakkannya kerana dianggap seperti perilaku haiwan.[3] Mereka menyimpan anak-anak mereka dalam pakaian panjang yang membuat merangkak sukar atau mustahil.[3] Sesetengah budaya pula menganggapnya sebagai kotor dan berbahaya.[3]

Jenis merangkak

Jenis lazim

Merangkak ialah gaya berjalan empat langkah khusus yang melibatkan tangan dan lutut. Gaya rangkak lazim memiliki turutan ini: tangan kiri, lutut kanan, tangan kanan, lutut kiri, atau tangan, lutut pepenjuru, tangan lagi satu, dan lutut pepenjurunya. Ini adalah gaya berjalan pertama yang dipelajari kebanyakan manusia, terutamanya semasa tempoh kanak-kanak awal, atau apabila mencari sesuatu di atas lantai atau di bawah kawasan rendah. Ini adalah gaya paling alami, serta memerlukan usaha yang paling sedikit.

Rangkak beruang

Rangkak beruang hampir sama dengan gyaa biasa, tetapi kaki digunakan sebagai ganti kepada lutut, dan menghasilkan postur badan melengkung atau mencangkung. Gaya ini lebih pantas, tetapi memerlukan lebih banyak usaha untuk dilakukan.

Rangkak harimau bintang/tinggi

Rangkak harimau bintang digunakan secara khusus dalam ketenteraan. Terdapat dua versi, yakni versi biasa dan versi diubah suai ketika membawa senjata di tangan. Ini adalah gaya berjalan dua langkah seperti berlari: lengan/siku dimajukan dengan lutut pepenjuru. Ini direka bentuk bagi darjat pengesanan terkecil yang mungkin, dan badan selalunya hampir atau betul-betul menyentuh tanah, dan meskipun siku dan lutut merupakan tumpuan utama, kebanyakan anggota badan menyentuh tanah.

Rujukan

  1. ^ Righetti, Ludovic; Nylén, Anna; Rosander, Kerstin; Ijspeert, Auke Jan (9 February 2015). "Kinematic and Gait Similarities between Crawling Human Infants and Other Quadruped Mammals". Frontiers in Neurology. 6: 17. doi:10.3389/fneur.2015.00017. ISSN 1664-2295. PMC 4321575. PMID 25709597.
  2. ^ Patrick Susan K.; Noah J. Adam; Yang Jaynie F. (2009). "Interlimb Coordination in Human Crawling Reveals Similarities in Development and Neural Control With Quadrupeds". Journal of Neurophysiology. 101 (2): 603–613. doi:10.1152/jn.91125.2008. PMC 2657078. PMID 19036860.
  3. ^ a b c d Day, Nicholas (24 April 2013). "Crawling and development: Parents obsess about it, but your baby will be fine". Slate. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2013. Dicapai pada 25 April 2013.